Bahan Binaan dalam Kejuruteraan Awam:
• Definisi : Bahan yang akan digunakan dalam pembinaan kejuruteraan awam contohnya bangunan, jalanraya, jambatan dan lain-lain lagi.
• Terdapat banyak jenis bahan binaan dalam kejuruteraan awam.
• Pengetahuan tentang bahan binaan penting untuk pembinaan.
• Sifat utama kayu
• Pengelasan kayu dan kegunaannya dalam pembinaan
• Kelebihan dan kekurangan kayu
KEKUATAN
FAKTOR-FAKTOR
- Ketumpatan
- Struktur ira kayu
- Kecacatan
- Modulus keanjalan
KETUMPATAN
• Ketumpatan (ρ) = jisim (m)
isipadu (v)
• Kayu yang berketumpatan tinggi – dinding sel tebal
STRUKTUR IRA KAYU
• Ira = arah serat kayu berbanding dengan paksi utamanya.
• Terdapat beberapa jenis ira:
1. Lurus
2. Melintang
3. Serong
4. Pusar
5. Kait punca
6. Gelombang
• Kekuatan lenturan bertambah apabila kecerunan kecil
• m = 1/n dimana m=kecerunan
n = jarak antara arah ira kayu
• Ira dekat ataupun selari dengan kayu maka kekuatan bertambah
|
|
KETAHANLASAKAN
• Bergantung kepada kandungan lembapan yang terdapat dalam kayu
• Kandungan lembapan = Berat air yg terkandung dlm kayu
» Berat kayu semasa kering
• Naik turun bergantung kepada suhu dan lembapan udara
• Kandungan air tinggi – menggalakkan pertumbuhan kulat dan serangga perosak.
• 3 kaedah menentukan kandungan lembapan iaitu:
1. Kaedah pengeringan dapur (sesuai utk kebanyakan kayu)
2. Kaedah penyulingan (kayu berminyak atau beresin)
3. Jangka elektrik ( sesuai utk anggaran sahaja, ditapak bina)
• Kayu kegunaan dalam – kandungan lembapan kira-kira 8%
• Kayu kegunaan luar – kandungan lembapan kira-kira 15%
KEMASAN RUPA




• Bahan yg mudah ditempa dan mulur
• Bahan utama struktur- pengikat, pengancing & penggalas
• Btk: padu, plat & berongga
• Jenis keluli – keluli lembut
- keluli teganggan tinggi
• Sifat utama




• Definisi : Terdiri daripada bancuhan simen, batu baur halus,batu baur kasar dan air yang dibancuh mengikut campuran tertentu
• Campuran biasa – ikut nisbah berat @ nisbah isipadu
• Contohnya : 1:2:4, 1:3:6, 1:1.5:3 dan 1:4:8
• Air – ikut nisbah air simen, antara 0.5-0.6
Bahan konkrit
STRUKTUR
1. Secara amnya asas boleh dikategorikan kepada --------------- dan -------------------.
2. Asas -------------- merupakan asas yang paling mudah dan biasanya dibina di bawah -----------------
3. Berat lantai atas akan diagihkan kepada -----------------------
4. Dinding ----------------- dibina di atas asas jalur.
5. Dua kategori bumbung ialah ----------------------- dan -----------------
6. Bahan yang digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya resapan air pada bumbung rata ialah -----------------
7. Bumbung rata ialah bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada ----------------------
8. Beban terbahagi kepada dua jenis, iaitu beban --------------- dan beban -------------------------
9. Struktur ---------------- bergantung kepada jisimnya yang besar untuk berfungsi menanggung beban.
10. Struktur ---------------- dibina mengikut komponen
11. Dua contoh beban kenaan ialah ------------------- dan ------------------
12. Daya yang wujud pada sokong rasuk yang menanggung beban ialah daya -------------------
13. Konkrit mempunyai kekuatan tegangan yang ------------------- dan kekuatan mampatan yang -----------------
14. Tempat yang memerlukan tetulang dalam komponen struktur konkrit bertetulang ialah tempat yang mengalami ------------------------
15. -------------------- diperlukan dalam pembinaan lantai bawah padu untuk menghalang penyerapan air ke permukaan lantai.
Nyatakan betul atau salah.
- Meja merupakan salah satu contoh struktur kerangka
- Nilai beban mati sukar ditentukan
- Berat rasuk ialah contoh beban mati
- Struktur jisim biasanya berbentuk tinggi dan langsing
- Nilai dan lokasi tindakan beban kenaan sering berubah.
- Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan daripada kesan cuaca.
- Asas jalur dalam merupakan salah satu contoh asas dalam.
- Asas boleh dikategorikan sebagai asas cetek dan asas dalam.
- Asas jalur sesuai digunakan dalam pembinaan bangunan tinggi di tanah bekas lombong.
- Cerucuk geseran perlu dihentakkan sehingga ke lapisan tanah kukuh atau batu.
- Kertas sesuai digunakan sebagai lapisan kalis lembap dalam pembinaaan lantai bawah padu.
- Dinding panel terdiri daripada panel-panel yang dipasang pada kerangka.
- Salah satu fungsi bumbung ialah membahagikan bangunan pada ruang atau bilik.
- tiang jinjang dapat mengukuhkan satu tembok bata yang panjang.
- Tiada pergerakan yang dibenarkan pada hujung rasuk yang disokong mudah.
-
Tentukan tindak balas pada sokong, lukis gambarajah daya ricih dan momen lentur bagi rasuk-rasuk di bawah.
.
KONTRAK DAN TAKSIRAN
1. Terangkan perbezaan antara kontrak gumpalan dengan kontrak putar kunci serta bincangkan kelebihan dan kelemahan jenis kontrak.
2. Terangkan sebab-sebab tawaran tidak layak dianugerahkan kontrak. Bagaimanakah cara mengelakkan supaya tawaran tidak ditolak.
3. Bincangkan faedah penggunaan tawaran terbuka dengan tawaran perundingan.
4. Bincangkan sebab-sebab atur cara kontrak dan taksiran diperlukan dalam kejuruteraan awam.
Latihan
1. Air meliputi _____________% drp permukaan bumi.
2. Manusia memerlukan air untuk keperluan ___________, _________ dan ___________.
3. Kawasan yang mengumpulkan hujan dan mengalirkannya ke sungai terdekat dikenali sebagai air ____________.
4. Air dari sungai untuk tujuan olahan diambil melalui satu struktur pengambilan yang dipanggil ____________
5. Air yang mengalir di dalam sungai dan air yang terdapat di dalam tasik dikenali sebagai air ______________________________
6. Air sungai yang diambil untuk tujuan olahan mesti melalui proses saringan untuk menyaring bendasing ___________ dan bendasing _____________
7. Tujuan klorin dimasukkan ke dalam air semasa proses olahan adalah untuk menghapuskan _____________ di dalam air.
8. Agihan air bersih kepada pengguna boleh dilakukan melalui 3 jenis sIstem perpaipan iaitu ___________, ___________ dan _______________
9. Air bumi dikeluarkan dari bumi melalui _____________________
10. Kehilangan tenaga utama di dalam paip disebabkan oleh _____________
Nyatakan betul atau salah
- kawasan tadahan ialah kawasan tempat air hujan mengalir ke dalam tanah
- penyejatan ialah pertukaran bentuk air daripada wap kepada cecair (
- penyusupan ialah proses pengaliran air dari permukaan tanah ke dalam tanah
- sumber air permukaan terdiri drp sungai, tasik dan waduk
- bekalan air yang didapati di pergunungan boleh digunakan tanpa melalui proses olahan
- air sungai yang diambil untuk tujuan bekalan air tidak perlu melalui proses olahan
- air yang didapati daripada sumber telaga tiub boleh digunakan terus setelah diolah dengan olahan yang minimum
- sifat air terbahagi kepada tiga kategori, iaitu fizikal, kimia dan biologi
- bendasing mikro ialah sampah sarap seperti ranting kayu, krtas,, botol plasstik dan bangkai
- fungsi pengudaraan ialah untuk menambah kandungan karbon dioksida di dalam air
- kehilangan tenaga utama di dalam paip yang mengalirkan air disebabkan oleh geseran antara air dan permukaan dalam paip
13. Labelkan proses-proses olehan air dalam rajah di bawah dan nyatakan fungsi bagi setiap proses
|
