BAB 1: KONSEP KEUSAHAWANAN (PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA)
PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA
PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA
Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.
Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.
Ciri-ciri Peniaga.
Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.
Ciri-ciri Peniaga.
1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.
Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.
Jadual Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga
PENIAGA | USAHAWAN |
Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan | Seorang usahawan juga seorang peniaga |
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual beli | Melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri |
Sentiasa berusaha menambah keuntungan | Memntingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata |
Tidak tertarik dengan perkembangan teknologi dan perubahan-perubahan | Mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti |
Menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran | Memperkenalkan barangan baru yang boleh menebusi pasaran |
Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa | Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penetilian rapi untuk terus hidup |
Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian | Merenung jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan |
Mementingkan keuntungan jangka masa pendek | Mementingkan keuntungan jangkamasa panjang |
Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-
Usahawan
Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.
Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan